Saturday, October 2, 2010

CITA – CITA

Semua orang mempunyai cita-cita mereka yang tersendiri. Tetapi ramai yang gagal mencapainya. Memendam cita-cita hanya memerlukan pemikiran dan daya imaginasi sedangkan mencapai cita-cita memerlukan kerja keras dan

usaha. Tetapi tak salah kalau kita meletakkan cita-cita yang sangat tinggi, kerana kalau kita mencapai hanya 80% sahaja pun, kita sudah boleh dikatakan berjaya. Contohnya kalau anda bercita-cita nak jadi jutawan dalam lima tahun, tetapi apabila sampai tempoh lima tahun, anda hanya dapat RM800,000, adakah anda gembira atau sedih? Sudah tentu anda tetap berpuas hati walaupun anda tidak mencapai sepenuhnya matlamat anda. Kita perlu mempunyai cita-cita, tetapi harus mempunyai rancangan jelas untuk mencapai cita-cita tersebut. Kita harus mencari jalan ke arah mencapai cita – cita kita. Cita – cita kita tidak akan mencari kita, malah kita yang harus mencari cita – cita kita. Dari kecil lagi kita harus berusaha untuk mencapai cita – cita kita.

Pada mulany semestinya kita akan gagal, tetapi kita mesti tabahkan diri kita dan mencari jalan penyelesaian. Kegagalan akan menjadi kejayaan apabila kita mencuba tanpa henti henti. Kita harus belajar bersungguh –sungguh untuk mencapai cita – cita kita. Cita-cita mesti disusuli dengan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti susah dan payah, fokus dan tidak hiraukan apa yang dikatakan oleh orang lain. Untuk mencapai cita – cita kita bukanya susah malah memerlukan keyakinan diri and kebolehan diri untuk mencapai cita – cita kita.

No comments:

Post a Comment